Khamis, 21 September 2017

Motivasi, Bacaan Yasin & Solat Hajat utk Anak Exam 2017 Taman Mantau Indah

Syukur kpd Allah , pada 26 Ogos yang lalu telah diadakan Motivasi, Bacaan Yasin & Solat Hajat khas utk anak2 yang mengambil exam UPKK, UPSR, PT3, SPM, STPM & lain2 exam 2017.

Program ini telah di anjurkan oleh JawatanKuasa Perwakilan Penduduk (JPP) Zon 13 Bkt Kepayang  dengan kerjasama Surau Al-Amin Taman Mantau Indah & Biro Wanita Taman Mantau Indah.

Syukur sekali lagi, sambutan pelajar yang turut serta pada tahun ini seramai hampir 85 orang. kerjasama ibubapa yang prihatin akan kecemerlangan anak2 amat membanggakan.

Ramai ibubapa yang hadir memeriah majlis. Terima Kasih kpd ibubapa & anak2 ini.

Program Motivasi diadakan pada waktu pagi . Bermula jam 8.00 pagi sehingga 12.30 tghari. Pelbagai aktiviti telah diadakan utk memberi semangat , keyakinan pelajar yang akan mengabil exam.

En Iswadi dari KEMAS , N9 telah memberi motivasi kpd anak2. Ternyata anak2 begitu teruja dan begitu bersemangat dalam menjalankan aktiviti.

Sarapan pagi & makan tengahari telah disediakan dan dikendalikan oleh AJK Surau Wanita yang telah di tugaskan.


Program pada hari itu di teruskan lagi dgn Mjalis Bacaan Yasin & Solat Hajat pada waktu maghrib.

Alhamdulillah, ramai ibubapa & penduduk yang hadir.
Cenderahati kpd anak2 exam juga telah diberikan kpd anak2. 

Terima kasih kpd semua JaWatanKuasa program dalam menjayakan program ini.

Semoga apa yang diusahakan dapat menjadikan anak2 Taman Mantau Indah berjaya dalam menjalani peperiksaan Dan berjaya di dunia akhirat.


































Solat Hajat & Bacaan Yasin




















Tiada ulasan:

Catat Ulasan