Rabu, 20 September 2017

Gotong Royong Perdana & Sambutan Maal Hijrah 1439H Surau Al Amin



Assalamualaikum wbt.

Sukacita dimaklumkan bahawa Surau Al-Amin TMI dgn kerjasama JawatanKuasa Perwakilan Penduduk  (JPP) Zon 13 Bkt Kepayang Majlis Perbandaran Nilai dengan ini, akan mengadakan Program Gotong Royong & Sambutan Maal Hijrah 1439H Surau Al-Amin.


Adalah dengan rendah hati kami  AJK Surau Al Amin ingin menjemput tuan-puan penduduk Qariah Jumaat Taman Mantau Indah Seremban ke  program yang telah dirancangkan demi kesejahteraan penduduk dalam menyatukan perpaduan di antara penduduk.

Program yg dianjurkan bersama Jawatankuasa Surau Al Amin & JawatanKuasa Perwakilan Penduduk (JPP) Zon 13 Bkt Kepayang Majlis Perbandaran Nilai akan di adakan di Surau Al Amin spt berikut;


1. Bacaan Doa Akhir Tahun & Awal Tahun Hijrah
Tarikh : 21/9/2017( Khamis)
Masa: 6.45 ptg


2. Gotong Royong Perdana Taman Mantau Indah 1,2 & 3
Tarikh: 24/9/2017 (Ahad)
Masa: 8.00 pagi


3. Sambutan Maal Hijrah 1439H /2017
Tarikh: 30/9/2017 (Sabtu)
Masa: 8.00 pagi


*surat pekeliling sudah diedarkan.sekiranya tidak dapat & anda mmbaca status ini, anda dgn hormatnya dijemput hadir.

Kehadiran Tuan Puan amat dialu-alukan memeriah majlis.

"Tamanku Bersih Rumahku Ceria"

Jom hadir beramai2






Ukhwah Islamiah Asas Penyatuan Ummah

...............
Pada 24 Sept 2017 telah diadakan Gotong Royong dgn jayanya..
terima kasih kpd semua yang terlibat

Kaum Wanita memasak Bubur Asyura & Bubur lambok disamping menyediakan juadah utk semua penduduk yang turut serta di dlm program ini.

Kaum Lelaki ditugaskan membersihkan Taman di bahagikan kpd 3 kumpulan, TMI 1, 2 & 3.




























jom kita berarak pulak sempena Maal Hijrah 1439h

Tiada ulasan:

Catat Ulasan