Jumaat, 16 Februari 2018

Undang-undang Kecil Tabung Khairat Kematian, Surau Al-Amin , Taman Mantau Indah


UNDANG-UNDANG KECIL DAN PERATURAN

TABUNG KHAIRAT KEMATIAN
SURAU AL-AMIN
TAMAN MANTAU INDAH
70300 SEREMBAN
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS



AM.

Satu badan kebajikan penduduk di Taman Mantau Indah akan mewujudkan Tabung Khairat Kematian,bertujuan membantu penduduk taman yang mengalami musibah. Ia bertujuan membantu ahli tabung menguruskan kematian dan lain-lain aktiviti berhubung kematian ahlinya dan keluarga. Tabung ini akan dilakukan dengan bayaran keahlian dan yuran tahunan. Untuk makluman perjalanan tabung khairat ini, disertakan Undang-undang kecil dan Peraturan sebagai garis panduan untuk diikuti oleh semua ahlinya.

1. Nama Tabung

    1. Nama tabung ini ialah ‘ Tabung Khairat Kematian,Surau Al-Amin, Taman Mantau Indah, Seremban’.
  • Perkara 1.1 telah dipinda pada Mesyuarat AJK Khairat 4 Feb 2016 dan mendapat persetujuan Pengerusi Surau Al-Amin, di mana Tabung ini adalah di bawah pengurusan Surau Al-Amin.
2. Tafsiran

2.1 Badan yang menguruskan perjalanan tabung ini ialah Ahli Jawatankuasa Tabung Khairat Kematian , Surau Al-Amin di bawah pentadbiran Surau Al-Amin, Taman Mantau Indah.

  • Perkara 2.1 telah dipinda pada Mesyuarat AJK Khairat 4 Feb 2016 dan mendapat persetujuan Pengerusi Surau Al-Amin.
2.2 Badan tertinggi sebagai kawalselia tabung ialah Pentadbiran Surau Al-Amin, Taman Mantau Indah, Seremban, Negeri Sembilan DK.

  • Perkara 2.2 telah dipinda pada Mesyuarat AJK Khairat 4 Feb 2016 dan mendapat persetujuan Pengerusi Surau Al-Amin.

3. Alamat dan Tempat Mesyuarat

3.1 Alamat tabung ialah;
Tabung Khairat Kematian
d/a Surau Al-Amin
Taman Mantau Indah 1 & 2
70300 Seremban
Negeri Sembilan DK

3.2 Tempat mesyuarat tabung ialah Surau Al-Amin atau mana-mana tempat yang didapati sesuai dengan keputusan AJK Tabung.

4. Objektif / Tujuan

4.1 Objektif tabung ini ditubuhkan bagi membantu dan menampung keperluan dalam pengurusan jenazah apabila berlaku sesuatu kematian di kalangan penduduk yang menjadi ahli tabung ini.

5. Keahlian

5.1 Pemohon yang ingin menjadi ahli hendaklah menggunakan permohonan dengan melengkapkan borang permohonan menjadi ahli .

5.2 Keahlian terbuka kepada;

      1. Semua penduduk termasuk penyewa Taman Mantau Indah 1 , 2 & 3 beragama Islam berumur 19 tahun ke atas.
  • Perkara 5.2.1 telah dipinda pada Mesyuarat Agong 8 Feb 2014.

      1. Ibu, bapa, mertua dan saudara-mara penduduk Taman Mantau Indah.

      1. Anak-anak penduduk TMI yang telah berumahtangga.
      1. Mesyuarat AJK Tabung berkuasa untuk menerima atau menolak sesuatu permohonan untuk menjadi ahli.
      1. Ahli-ahli yang bertindak dengan apa-apa cara sekalipun sehingga boleh mendatangkan nama buruk atau kerugian kepada tabung ini boleh dipecat daripada menjadi ahli.
6. Yuran keahlian dan Pendaftaran

    1. Kadar bayaran untuk menjadi ahli ialah RM30.00 (Ringgit Malaysia Tiga Puluh Sahaja) dan yuran tahunan RM 40.00 (Ringgit Malaysia Empat Puluh sahaja). Jumlah bayaran untuk menjadi ahli sebanyak RM 70.00 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Sahaja) hendaklah dijelaskan semasa membuat permohonan. Bayaran yuran tahunan perlu diperbaharui pada atau sebelum 31 Disember setiap tahun.

  • Perkara 6.1 telah dipinda pada Mesyuarat Agong 17 Januari 2016 dengan persetujuan ahli tabung.

    1. Yuran tahunan hendaklah dijelaskan sekaligus untuk tempoh masa satu tahun (12 bulan) berjumlah RM40.00 ( Ringgit Malaysia Empat Puluh Sahaja) ini bagi tujuan memudahkan tugasan AJK dan perlu dijelaskan sebelum tarikh kewangan berakhir 31 Disember setiap tahun.
  • Pindaan perkara 6.1 adalah berkaitan.

6.3 Seseorang ahli yang gagal memperbaharui yuran keahlian setelah tamat tempoh perlindungan adalah tidak layak menerima apa-apa bentuk bantuan sekiranya berlaku kematian kepadanya atau tanggungannya (surat peringatan akan diserahkan kepada ahli sebulan sebelum tamat yuran keahlian).

6.4 Status keahlian seseorang akan luput secara automatik selepas tempoh satu tahun keahliannya tidak diperbaharui. Selepas tempoh ini, jika permohonan diterima semula, proses akan dilakukan sebagai ahli baru.

6.5 Yuran khas kutipan wang daripada ahli-ahli bagi sesuatu masalah yang berlaku akan dilaksanakan setelah mendapat persetujuan melalui mesyuarat khas AJK. (contohnya jika berlaku kekurangan wang tabung).

6.6 Kadar yuran keahlian akan disemak pada setiap akhir tahun kewangan dan tertakluk kepada perubahan yang diputuskan oleh AJK Tabung serta mendapat kelulusan daripada Pentadbiran Surau Al-Amin.


7. Perlindungan

7.1 Tempoh perlindungan– Tempoh perlindungan Tabung ini adalah dari tarikh mula seseorang menjadi ahli hingga 31 Disember pada tahun yang sama. Ini bermakna semua keahlian akan tamat pada 31 Disember setiap tahun.

7.2 Skop Perlindungan – Satu unit tabung ini yang bernilai RM40.00 (Ringgit Malaysia Empat Puluh sahaja) akan melindungi satu keluarga yang terdiri dari pemohon (sebagai ahli), suami/isteri ahli, anak kandung/ anak angkat yang sah disisi undang-undang (sebagai ahli keluarga) kesemuanya belum berumah tangga tidak termasuk anak yang keguguran.

  • Perkara 7.2 telah dipinda pada Mesyuarat Agong 8 Feb 2014 bahawa perlindungan kepada ibu/bapa atau ibubapa mertua yang tinggal serumah tidak termasuk dalam skop perlindungan.
  • Perkara 7.2 juga telah dipinda pada Mesyuarat Agong 17 Jan 2016 dimana satu unit tabung adalah RM 40.00
    1. Tempoh matang - Keahlian akan disahkan selepas mendaftar adalah 3 bulan . Pendaftaran keahlian diluluskan oleh AJK Tabung.
    * Perkara 7.3 telah ditambah pada Mesyuarat AJK Khairat 4 Feb 2016 dan
    mendapat persetujuan Pengerusi Surau Al-Amin.

8. Kadar Bantuan Kematian

8.1 Bantuan kematian yang akan disalurkan di atas kematian ahli dan tanggungan ahli yang dilindungi oleh tabung ini adalah seperti berikut:

8.1.1 Suami/ isteri ahli RM 1300.00
8.1.2 Anak-anak yang belum berumah tangga RM 800.00

  • Perkara 8.1.1 telah dipinda pada Mesyuarat Agong 28 Jan 2018 dengan kadar sumbangan yang baru.
  • Perkara 8.1.2 juga telah dipinda pada Mesyuarat AJK Khairat 4 Feb 2016 dengan kadar sumbangan yang baru.( perkara ini diberi mandat ketika Mesyuarat Agong 17 Jan 2016 , dimana AJK menentukan sumbangan utk anak-anak).
  • Perkara 8.1.3 telah dimansuhkan pada Mesyuarat AJK Khairat 4 Feb 2016, dimana sebelum ini anak-anak terbahagi kpd 2 kategori.Hanya 1 kategori sahaja diwujudkan selepas ini.
8.2 Bantuan kematian Serentak dalam satu keluarga telah diwujudkan semula pada Mesyuarat Agong 28 Jan 2018 dengan kadar kewangan maksima ialah sebanyak RM 2500.00 ( Ringgit Malaysia Dua Ribu Lima Ratus Sahaja) .

8.3 Sumbangan berupa perkhidmatan pengurusan jenazah akan dihulurkan kepada kematian ahli dan tanggungannya juga yang bukan ahli jika diperlukan. Bagi kematian yang bukan ahli, segala kos akan ditanggung oleh waris simati.

8.4 Kadar bantuan akan disemak pada setiap tahun. Ia tertakluk kepada perubahan yang akan diputuskan oleh AJK Tabung.

9. Syarat-syarat Bantuan

9.1 Setiap kematian hendaklah dilaporkan kepada AJK Tabung dengan mengisi borang yang disediakan.

9.2 Bantuan kewangan akan dibayar atas kematian ahli dan tanggungannya (ahli keluarga) yang namanya tersenarai dalam daftar yang disimpan oleh Setiausaha Tabung dengan mengemukakan sijil kematian yang sah.

9.3 Atas kematian ahli, bantuan akan dibayar kepada keluarga ahli atau warisnya yang terdekat.

9.4 Atas kematian tanggungan (keluarga ahli) bantuan akan dibayar kepada ahli.

9.5 Kematian dengan sebab membunuh diri (nauzubillah) tidak layak mendapat bantuan.

10. Kewangan

10.1 Simpanan

10.1.1 Semua wang keahlian akan disimpan di Bank Muamalat Cawangan Seremban.

      1. Jumlah wang tunai ditangan Bendahari yang dibenarkan tidak melebihi
        RM 1000.00 (Ringgit Malaysia Seribu Sahaja).
  • Perkara 10.1.2 telah dipinda pada Mesyuarat Agong 17 Jan 2016.

10.2 Pengeluaran

10.2.1 Tiga (3) penama yang dilantik sebagai pemegang akaun ialah:
a)Pengerusi
b)Setiausaha
c)Bendahari

10.2.2 Semua pengeluaran wang tunai / cek perlu ditandatangani oleh dua (2) orang daripada tiga (3) penama-penama tersebut.

10.3 Perbelanjaan

10.3.1 Hanya perbelanjaan berkaitan dengan perjalanan tabung sahaja yang dibenarkan. Perbelanjaan tersebut ialah:
a) Membayar kadar bantuan kematian kepada ahli keluarga /waris ahli.
b) Perbelanjaan mengurus tabung.
c) Lain-lain perbelanjaan atau penggunaan wang tabung selain dari tabung di atas, hendaklah mendapat kelulusan dari AJK Tabung.

11. Pentadbiran

11.1 Badan yang menguruskan tabung ini dikawalselia sepenuhnya oleh AJK Surau Al-Amin di bawah Pentadbiran Surau Al-Amin, Taman Mantau Indah.

  • Perkara 11.1 telah dipinda pada Mesyuarat AJK Khairat 4 Feb 2016 dan mendapat persetujuan Pengerusi Surau Al-Amin.
11.2 AJK Tabung dalam mesyuaratnya boleh memberi tafsiran terhadap undang-undang kecil ini dan membuat keputusan tentang perkara-perkara yang tidak terkandung di dalamnya.

11.3 Syarat-syarat dan undang-undang kecil ini adalah tertakluk kepada perubahan yang difikirkan perlu untuk kebajikan bersama dan sekiranya berlaku sesuatu di luar jangkaan atau di luar kemampuan tabung.

12. Tugas-tugas AJK Tabung

12.1 Pengerusi tabung adalah secara automatik menjadi AJK Tabung Khairat Kematian, Surau Al-Amin ,Taman Mantau Indah yang mana beliau akan mempengerusikan mesyuarat yang membincangkan hal ehwal perjalanan tabung kepada mesyuarat AJK Surau Al-Amin.
  • Perkara 12.1 telah dipinda pada Mesyuarat AJK Khairat 4 Feb 2016 dan mendapat persetujuan Pengerusi Surau Al-Amin.
12.2 Setiausaha akan menyediakan minit  mesyuarat, urusan surat-menyurat, mengemaskini buku daftar ahli, menyimpan rekod-rekod dan perkara-perkara yang berkaitan.

12.3 Bendahari bertanggungjawab memungut bayaran, mengeluarkan resit, menyimpan kira-kira serta menyediakan laporan kewangan bulanan dan tahunan. Semua Laporan hendaklan disahkan oleh Pengerusi tabung.

12.4 Ahli-ahli jawatankuasa yang lain bertanggungjawab untuk membantu pegawai-pegawai di atas dalam menjalankan tugas-tugas mereka.

13. Mesyuarat Agong

13.1 Mesyuarat Agong Tabung Khairat Kematian tidak akan diadakan kerana Tabung ini telah di bawah naungan Surau Al-Amin.

  • Perkara 13.1 telah dimansuhkan pada 4 Feb 2016 Mesyuarat AJK Tabung dengan persetujuan AJK Tabung dan Pengerusi Surau Al-Amin di mana sebelum ini Mesyuarat Agong Tabung ini akan diadakan berasingan dgn Mesyuarat Agong Persatuan Penduduk Taman Mantau Indah 1 & 2 di Surau Al-Amin

13.2 Pembubaran AJK, Laporan Kewangan, Laporan Setiausaha & perkara berbangkit
mengenai Tabung ini akan dibawa dan dibincangkan di dalam Mesyuarat Agong Surau
Al-Amin.
  • Perkara 13.1 adalah berkaitan dan telah ditambahbaikan pada 4 Feb 2016 Mesyuarat AJK Tabung dengan persetujuan AJK Tabung dan Pengerusi Surau Al-Amin.
14. Pembubaran

14.1 Khairat Kematian ini hanya dibubarkan oleh pentadbiran Surau Al-Amin, Taman Mantau Indah sahaja melalui mesyuarat khasnya dengan kehadiran AJK Tabung. Semua ahli berdaftar hendaklah dimaklumkan sekurang-kurangnya tujuh (7) hari sebelum mesyuarat khas tersebut diadakan.

  • Perkara 14.1 telah dipinda pada Mesyuarat AJK Khairat 4 Feb 2016 dan mendapat persetujuan Pengerusi Surau Al-Amin.
14.2 Keputusan untuk membubarkan tabung dikira sah sekiranya lebih separuh daripada AJK Surau Al-Amin yang hadir bersetuju untuk dibubarkan. Maka AJK Tabung bolehlah mengambil tindakan dan langkah-langkah selanjutnya untuk melaksanakan pembubaran tersebut.

  • Perkara 14.2 telah dipinda pada Mesyuarat AJK Khairat 4 Feb 2016 dan mendapat persetujuan Pengerusi Surau Al-Amin.

14.3 Ahli-ahli tidak boleh menuntut semula apa-apa bayaran yang telah dibayar dan keseluruhan wang tabung akan diserahkan kepada AJK tabung untuk tujuan jariah.

15. Lain-lain perkara

15.1 Setiap ahli dikehendaki memaklumkan dengan segera kepada mana-mana AJK Tabung sekiranya berlaku perubahan ke atas nama-nama tanggungan seperti dalam borang permohonan asal.

15.2 Semua AJK Tabung dan Surau Al-Amin serta ahli yang berdaftar akan diberi satu salinan undang-undang kecil tabung bagi tujuan rujukan.

  • Perkara 15.2 telah dipinda pada Mesyuarat AJK Khairat 4 Feb 2016 dan mendapat persetujuan Pengerusi Surau Al-Amin.

15.3 Mana-mana dokumen yang berkaitan dengan tabung boleh diperiksa oleh mana-mana ahli atau seseorang yang mempunyai kepentingan dengan tabung dengan syarat memaklumkan kepada Pengerusi atau Setiausaha lima (5) hari lebih awal.

15.4 Ahli-ahli yang mempunyai kesangsian terhadap mana-mana AJK Tabung boleh mengemukakannya kepada Pengerusi Tabung.

15.5 Ahli-ahli yang mempunyai kesangsian terhadap Pengerusi Tabung boleh mengemukakannya kepada Pengerusi Surau Al-Amin.

  • Perkara 15.5 telah dipinda pada Mesyuarat AJK Khairat 4 Feb 2016 dan mendapat persetujuan Pengerusi Surau Al-Amin.

15.6 Mana-mana ahli yang berhenti daripada menjadi ahli tabung tidak boleh menuntut kembali apa-apa bayaran yang telah dijelaskan, sebaliknya wang ahli tersebut akan digunakan oleh Tabung Khairat kematian untuk tujuan jariah.



Semua ahli dikehendaki meneliti peraturan ini, sebarang masalah hendaklah dilaporkan kepada mana-mana AJK Tabung.




Telah dikemas kini oleh Setiausaha , Puan Mahani Mohd Nawri pada 5 Feb 2018

0136644869 - Setiausaha






Tiada ulasan:

Catat Ulasan