Jumaat, 16 Februari 2018

Surat Makluman 2018


TABUNG KHAIRAT KEMATIAN
SURAU AL-AMIN
Blogspot:tkktmi123.blogspot.com

Ruj. Kami: Bil ( 51 ) dlm TKK002
Tarikh: 4 Feb 2018
Kepada ;
Ahli Tabung Khairat Kematian , Surau Al-Amin

Encik/Puan : ________________________________________
No Ahli : ____________
Alamat : ________________________________________

Assalamualaikum W.B.T

Tuan/Puan,

Per: Yuran Tahunan 2018 Tabung Khairat Kematian , Surau Al-Amin , Tmn Mantau Indah

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dengan hormatnya, adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agong Surau Al-Amin Bil 2 sesi 2018-2019 telah diadakan pada 28 Jan 2018 yang lalu. Untuk makluman , Tabung Khairat Kematian Taman Mantau Indah kini di bawah Pengurusan Surau Al-Amin. Sehubungan dengan itu , Keputusan Mesyuarat telah menyenaraikan kepimpinan sesi 2018-2019 seperti berikut;

Pengerusi      : En Muhammad Fuzi bin Saaidin 012-6082081
Setiausaha    : Pn Mahani binti Mohd Nawri 013-6644869
Bendahari     : En Zamri bin Aspan 019-2340621

3. Berkaitan dengan Yuran Tahunan bagi sesi 2018-2019 , yuran tahunan masih dikekalkan sebanyak RM 40.00 setahun. Masih terdapat beberapa orang ahli masih belum menjelaskan Yuran Tahunan 2017 . Semua ahli diminta menjelaskan Yuran Tertunggak 2017 dan Yuran Tahunan 2018 sebelum 31 Mac 2018. Bayaran boleh dijelaskan kepada Bendahari , En Zamri Aspan di alamat No: 60 Jln 3, TMI 1.

4. Untuk makluman tuan, terdapat beberapa Undang-undang kecil Tabung Khairat Kematian telah digubal semasa Mesyuarat Agong yang lalu. Tuan puan boleh layari blogspot : Tabung Khairat Kematian Taman Mantau Indah untuk makluman pihak tuan. Segala kerjasama dari pihak tuan amat dihargai dan didahului ucapan terima kasih.

Sekian terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

..............................
Pn Mahani Mohd Nawri
Setiausaha TKKTMI123

Tiada ulasan:

Catat Ulasan