Jumaat, 16 Februari 2018

BARISAN AJK TABUNG KHAIRAT KEMATIAN SURAU AL-AMIN SESI 2018-2019

AJK Tabung Khairat Surau Al-Amin Taman Mantau Indah sesi 2018/2019

3 Feb 2018.

Alhamdulillah

Selesai sudah Mesyuarat Agong Surau Al-Amin Tmn Mantau Indah Bil 2 /sesi 2018-2019 yang telah diadakan pada 28 Feb 2018 yang lalu.

Untuk makluman , Tabung Khairat Kematian TMI telah berada di bawah pengurusan Surau Al-Amin.

Sehubungan itu, Pengerusi Tabung Khairat Kematian telah dilantik semasa Mesyuarat Surau Al-Amin yang lalu.

Keputusan Mesyuarat Agong telah mengekalkan Pengerusi sesi 2016-2017 , En Muhammad Fuzi b Saaidin sebagai Pengerusi sesi 2018-2019.

Tahniah kepada En Muhammad Fuzi di atas perlantikan tersebut di mana beliau merupakan Pengerusi Biro Khairat Kematian di bawah Surau Al-Amin.

Dengan itu, Pengerusi Biro perlu melantik AJK di bawah kepimpinannya.
Sehubungan dengan itu, Pengerusi telah mengekalkan Setiausaha Tabung Khairat sesi 2016-2017 Pn Mahani Mohd Nawri untuk terus memegang jawatan sebagai Setiausaha sesi 2018-2019.

Tahniah juga diucapkan kpd Pn Mahani Mohd Nawri diatas perlantikan tersebut.

Pengerusi juga memaklumkan bahawa pada sesi 2018-2019 , di bawah kepimpinannya , beliau tidak mahu ramai AJK yang akan bersama beliau mengendalikan Tabung Khairat Kematian kerana Tabung Khairat Kematian di bawah Surau Al-Amin. Sekiranya terdapat  kesulitan atau masalah akan dirujuk kepada pengurusan Surau Al-Amin utk mengatasinya.

Sehubungan dengan itu, hanya seorang lagi AJK yang akan bersama Tabung Khairat Kematian iaitu Bendahari.

Pengerusi telah melantik En zamri Aspan sebagai Bendahari yang baru bg sesi 2018-2019.

Tahniah kpd En Zamri & selamat datang ke Team Tabung Khairat . Semoga dapat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi & tanggungjawab.




AHLI JAWATANKUASA TABUNG KHAIRAT KEMATIAN TMI 2018/2019

PENGERUSI : MUHAMMAD FUZI BIN SAAIDIN - 019-6117094 /012-6082081
( 144 JLN 2/3, TMI 2) 




SETIAUSAHA : MAHANI BINTI MOHAMMMED NAWRI- 013-6644869
(65 JLN 4, TMI 1)


BENDAHARI : ZAMRI BIN ASPAN  - 019-3389211
(60 JLN 3, TMI 1)


............................................
 Tahniah 
& semoga dapat menjalankan tugas dengan baik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan