Jumaat, 6 Mac 2020

CERAMAH khas utk Wanita

Jangan lupa Ahad ini.. (khas utk muslimah sahaja) 8/3/2020 bersamaan hari Ahad (8.30pagi)
Biodata Ustazah 🎀🎀🎀🎀🎀🎀 Ustazah berasal dari Pasuruan Surabaya Jawa Timur , Ustazah berkahwin dengan Habib Hussein Bin Abdul Rohman Bafaqih , Alhamdulillah di kurniakan 5 org cahayamata Ustazah menuntut ilmu di Pondok Safiyyah Bangil Jawa Timur Indonesia Beliau pernah menjadi anak murid kpd Guru Al Habib Taufiq bin Abdul Qadir As-Seggaf dan juga pernah berkhidmat serta menjadi tenaga pengajar di sana. Beliau memiliki sebuah Pusat Pengajian atau Majlis Ta'alim yg di usaha oleh suami beliau sendiri iaitu 🕌*MAJLIS TA'LIM AL ALIYAH WAL BAROKAH NISA* Beliau juga seorang mudirah Banatuz Zahro' serta ada menyediakan sebuah tempat utk anak anak miskin belajar AlQuran secara percuma Ustazah Syarifah Fatimah Iksir merupakan seorang guru dan juga pendakwah Beliau sering keluar kota ke daerah terpencil di kawasan pergunungan, kampung2 dalaman utk menyampaikan ilmu dan dakwah Beliau juga sering ke M'sia utk Majlis2 Maulid dan bacaan kitab sepeti Kitab NURUL YAQIEN dan LUBABUL HADITS Semua dijemput hadir..

Rabu, 29 Januari 2020

Mesyuarat AJK Surau Al-Amin kali pertama sesi 2020/2021

Alhamdulillah meeting AJK Surau Al-Amin kali pertama sesi 2020/2021 telah diadakan mlm td 29 Jan 2020 @ 9.15 mlm di Dewan Makan/bilik mesyuarat Surau Al-Amin Tahniah kpd semua barisan AJK yg baru di lantik semoga dapat menjalankan amanah yg diberi demi mengimarahkan lagi rumah ALLAH terima kasih kerana hadir pada mesyuarat kali ini Pengerusi En Abdullah Md Shah telah menerangkan tugas2 Biro yg telah dilantik Semoga apa yang diamanahkan dapat menjalankan tugas dgn penuh dedikasi
Barisan AJK Surau Al-Amin 2020/2021 Pengerusi : En Abdullah Md Shah Naib Pengerusi : En Muhammad Fuzi Saaidin Setiausaha : En Rosli Buntak Naib Setiausaha : Pn Mahani Mohd Nawri Bendahari : En Sabri Mohamad Naib Bendahari : En Zamri Aspan Penyimpan Kira-kira 1 : Pn Mazlah Paimin Penyimpan Kkira-kira 2 : En Dasuki Biro Khairat : En Abdullah Md Shah Biro Kebajikan : Pn Yusniza Osman Biro Dakwah : En Muhammad Fuzi Saaidin Biro Ekonomi : En Azizon Md Rose Biro Pembangunan : En Rasol Mat Som Biro Harta / Masakan : En Shahrom Husin Wakil Belia : En Faizal Amri Wakil Wanita : Pn Azizah Abdul Rani Barisan Pegawai Surau Al-Amin Imam 1 : En Muhammad Fuzi Saaidin Imam 2 : En Sabri Mohamad Imam 3 : En Hafizar Abas Imam 4 : En Izzat Bilal 1 : Hj Holid Musa Bilal 2 : En Zamri Aspan Bilal 3 : En Mohd Fuad Bilal 4 : En Syamsul Siak 1 : En Shahrom Husin Siak 2 : En Kamarudin Aziz Bilal Wanita 1 : Pn Jemiah Nordin Bilal Wanita 2 : Pn Azizah Abdul Rahman In sha Allah pada 31 Jan 2020 , Pegawai2 Surau Al Amin akan bermesyuarat Tq Allah

Mesyuarat Agong Kali ke 3 Surau Al-Amin

Alhamdulillah....selesai Mesyuarat Agong kali ke 3 Surau Al Amin Taman Mantau Indah@ 19 Jan 2020 di Surau Al Amin 😉Terima kasih tidak terhingga kpd ahli qaryah yg berjaya menunaikan tanggungjawab sbg ahli qaryah bg sama2 membincangkan peneraju dan hala tuju Surau Al Amin 2 tahun mendatang. 😊Tahniah kpd barisan AJK Sesi 2020/2021 yg baru dilantik. ☺Terimakasih kpd: 👉Ustz Rozimi Zamri Pegawai Agama Islam Daerah Seremban 👉Wakil Surau Sakura Heights 👉Wakil Surau Al Ikhlasiah TMI3 🙏Semoga 2020 Surau Al Amin akan lebih diimarahkan dgn lebih baik dan bermanfaat lagi. 😎Semoga lebih ramai ahli qaryah yg dpt bersama mengambil bahagian dlm setiap pogram yg diadakan. #semoga allah memberikan keringanan dan kelapangan kpd kita semua utk bersama dirumahnya dan dlm tmn2 syurga...insyaallah.

Yaasin Munajat

ASSALAMMUA'LAIKUM WBT * MAJLIS BACAAN YAASIN FADILAT WAL MUNAJAT 1441H/2020M -Wahai para² ibu yg menggoncang buaian anda mampu menggoncang bumi.. Wahai para ibu yg martabatnya telah ditinggikan oleh Allah.. Marilah kita bersama² berkumpul mewakili setiap keluargamu di dalam Majlis Bacaan Yaasin Fadhilat wal Munajat ini bagi memohon permohonan yg besar² buat keluarga kita.. Ujian mendatang yg semakin kita rasakan sukar & hari² yg dilalui terasa berat... Marilah langkahkan kakimu ke rumahNya berkumpul kita bersama bermunajat PadaNya🌹 SEMOGA DIRIMU MENDAPAT JEMPUTAN YG ISTIMEWA🌹 🕌 Surau Al-Amin Tmn Mantau Indah 1&2 🕰 2.30petang - 4.00petang 📅 01 Februari 2020 Sabtu
📌 Kitab Yassin Fadhilat di sediakan Jamuan Ringan Disediakan 🍲🍛 Semua Muslimat Qaryah Taman Mantau Indah Dijemput Hadir Setiap sesuatu itu mempunyai hati,dan sesungguhnya hati al-Quran adalah surah Yasin. Barangsiapa yang membacanya maka pahalanya seumpama membaca sepuluh kali al-Quran”. [Riwayat al-Tirmizi, kitab keutamaan al-Quran, bab keutamaan surah Yasin, no. hadith 2812] Mohon bantu sebarkan betapa besarnya pahala bagi mereka yang mengajak kepada kebaikan lebih-lebih lagi bagi membaca Al-Quran #yaasinfadhilat #suraualamintmi #khasutkshbtygdiuji