Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
SEGALA INFO AKTIVITI SURAU AL-AMIN TAMAN MANTAU INDAH DI HUJUNG JARI ANDA..
25 Feb 2018 Alhamdullillah , Mesyuarat AJK & pegawai Surau Al-Amin kali pertama sesi 2018-2019 telah diadakan pada 25 Feb 2018. Pelbagai aktiviti & perancangan untuk memajukan Surau Al-aMin & ummah khususnya karian Taman Mantau Indah. Semua Ketua Biro & Wakil pegawai membentangkan usul & perancangan yang tidak lain khusus utk warga Mantau Indah. Pengerusi , En Abdullah Md Shah yang menerajui Surau Al-Amin berharap AJK & pegawai menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan dedikasi.
4 Feb 2018 ⇨Biro Kebajikan , Surau Al-Amin bersama Team Ziarah telah menziarah 4 orang wanita warga Taman Mantau Indah yg mengidap penyakit Kanser & Jantung. ⇨Team Ziarah yg diterajui oleh Pn Yusniza Osman telah melawat rumah ke rumah dengan harapan dapat menggembirakan mereka yg dilanda musibah. ⇨Sedikit sumbangan telah diberi kpd warga Mantau Indah ini. ⇨Kami pihak Surau Al-Amin mendoakan agar mereka diberi kesembuhan. Semoga tabah menghadapi ujian dari ALLAH
Pn Asmah Lrg 8 TMI 1- Penyakit kanser
Pn Ameera Lrg 12 , TMI 1 - Penyakit kanser
Lrg 5 , TMI 1 - Penyakit Kanser
Pn Sheda , Lrg 7 , Tmi 1 - Penyakit Jantung
⇨Kami dari team ziarah mendoakan kekanda semua sihat . Banyakkan doa , zikir & selawat sebagai peneman diri.
Tuan-puan yang dihormati, ⇒ Sukacita di maklumkan Biro Khairat Kematian, Surau Al-Amin , Taman Mantau Indah bersama Surau Al-Amin & Ahli Khairat Kematian akan mengadakan Tahlil Perdana untuk ahli & waris yang meninggal dunia. ⇒ Program ini akan diadakan pada ketetapan yang berikut; Tarikh : 10 Mei 2018 ( Khamis mlm Jumaat) Masa : Selepas Maghrib Tempat : Surau Al-Amin, Taman Mantau Indah ⇒ Sehubungan dengan itu , semua ahli kariah Taman Mantau Indah dijemput hadir memeriah majlis. Kehadiran tuan-puan amat dialu-alukan. ⇒ Sumbangan dari tuan-puan juga amat digalakkan untuk menjalankan program ini. Sumbangan tuan-puan boleh di salurkan kpd AJK Tabung Khairat Kematian. Sumbangan tuan-puan didahului dgn ucapan terima kasih.
Sekian, Terima Kasih MASIH HIDUPKAH KITA SAMPAI ESOK ????