Ahad, 3 Julai 2016

Majlis khatam Al-quran, penyampaian sumbangan hari raya utk anak-anak yatim , oku & ajk Surau Al Amin TMI

Pada 30 Jun 2016 , Surau Al Amin, TMI telah mengadakan Majlis Khata Al Quran peserta tadarus sepanjang Ramadhan..Sumbangan kpd anak2 yatim & oku juga telah diadakan.semoga  dgn sedikit sumbangan dr pihak surau ini  memberi sedikit kegembiraan buat mereka di hari lebaran.

Peserta tadarus juga diberi cenderahati dr pihak surau.
Pd tahun ini, surau al amin juga berbesar hati memberi sedikit sumbangan duit raya kpd pegawai2 Surau Al Amin & ,AJK surau

Terima kasih sungguh tidak sangkatahun ini , Ajk mendpt duit raya..terima kasih Allah.

Di sini gmbr sepanjang program berlangsung.

Semoga hari lebaran yg tiba memberi sinar kebahagiaan, keampunan, eratkan silaturrahim sesama kita.















Rabu, 4 Mei 2016

ZIARAH ORANG SAKIT OLEH BIRO KEBAJIKAN, SURAU AL-AMIN

PN YUSNIZA selaku Ketua Biro Kebajikan, Surau Al-Amin telah mengambil tanggungjawab melawat penduduk yang telah sakit bersama barisan AJK nya. Terima kasih diucapkan kepada beliau & AJK yang telah melawat & menziarah penduduk yang sedang sakit di taman ini.



Melawat Isteri En Ilyas Mantau 2 


Diharapkan aktiviti ini dapat diteruskan ..

CERAMAH ISRAK MIKRAJ OLEH TUAN GURU SHEIKH BABA HJ ABD KARIM HJ ABDUL RAHMAN HJ ISA FATONI

PADA 29 APRIL 2016 Jumaat mlm Sabtu yang lalu telah diadakan Ceramah Israk Mikraj yang disampaikan oleh TUAN GURU SHEIKH BABA HJ ABD KARIM HJ ABDUL RAHMAN HJ ISA FATONI yg diadakan di Surau Al-Amin , TMI.

Alhamdullilah, majlis berjalan dengan jayanya. Terima Kasih kpd semua barisan AJK Surau Al-Amin atas komitmen dan kerjasama menjayakan majlis ini. Terima kasih juga kpd semua ahli kariah yang sudi hadir memeriahkan majlis.Walaupun hujan lebat pada malam itu, sambutan ahli kariah yang hadir amat memberangsangkan.










AJK Wanita yg terlibat





  Persembahan Qasidah dari Remaja Tmn Mantau Indah dibawah bimbingan En Umar Uthman















TERIMA KASIH ALLAH

Projek Pembesaran Surau Al-Amin bagi kemudahan Solat Jumaat

Memandangkan Surau Al-Amin tempat tumpuan bg penduduk Tmn Mantau Indah 1, 2 & 3 serta S2 Height menunaikan Solat Jumaat. Tabung Tsaf 3 telah dilancarkan utk tujuan tersebut. Pihak Surau Al-Amin memohon kpd org perseorangan mahupun syarikat atau mana-mana pertubuhan NGO atau apa sekalipun menghulurkan atau memberi sumbangan berupa kewangan utk menjayakan Projek pembesaran Surau Al-Amin utk keselesaan jemaah menunaikan Solat Jumaat.

Sumbangan untuk Wakaf Pembangunan Fasa 3 (TSAF3) boleh dilakukan melalui cek atas nama SURAU AL-AMIN TAMAN MANTAU INDAH ;

1) BANK MUAMALAT : 0501 0003 3527 15

2) MAYBANK : 555171516938

1 UNIT = RM 50.00











GAMBAR DI ATAS 
MENUNJUKAN KETIDAKSELESAAN JEMAAH MENUNAIKAN SOLAT JUMAAT











TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT DALAM PEMBANGUNAN
 SURAU AL-AMIN

THANK YOU ALLAH







MAJLIS TAHNIK BAYI

Panduan Tata Cara Mentahnik Bayi Ketika Baru Lahir


Memiliki anak adalah impian setiap ibubapa. Saat bayi Anda lahir kebahagiaan yang tiada tara tentu Anda rasakan sebagai Ibubapa. Pada umumnya, ibubapa mendapatkan vaksin dan imunisasi untuk bayinya. Agar si bayi terhindar dari berbagai penyakit. Padahal sebenarnya, ada cara lain dalam islam yang dianjurkan dilakukan ibubapa kepada bayinya ketika baru lahir iaitu me’tahnik’. Sebagai ibubapa baru, jangan lupa untuk melakukan ‘tahnik’ untuk bayi Anda. Apa itu tahnik ? Tulisan berikut ini akan mengulas tentang cara mentahnik bayi ketika baru lahir, yang ternyata merupakan salah satu ajaran dari Nabi kita, Rasulullah SAW

Bagi Anda, umat muslim, sepertinya masih banyak yang belum mengerti tentang cara mentahnik bayi ketika baru lahir. Cara ini merupakan metode imunisasi dalam islam atau sesuai ajaran islam, seperti yang diajarkan Rasulullah SAW.

Apa itu Tahnik ?

Tahnik adalah melumurkan buah kurma ke dalam mulut bayi yaitu di bagian langit-langit mulut bayi, dimana sebelumnya kurma yang dilumurkan terlebih dahulu di lumat. Para ahli bahasa mengatakan bahAwa tahnik ialah mengunyah kurma lalu menggosokan kurma tersebut ke langit-langit mulut bayi. Tujuannya adalah agar bayi bisa terlatih untuk mengunyah dan membantu menguatkan bayi untuk makan.

Tuntunan Tahnik

Abu Musa, berucap,
وُلِدَ لِى غُلاَمٌ فَأَتَيْتُ بِهِ النَّبِىَّ -صلى الله عليه وسلم- فَسَمَّاهُ إِبْرَاهِيمَ وَحَنَّكَهُ بِتَمْرَةٍ.
“(Suatu saat) aku memiliki anak yang baru lahir, kemudian aku mendatangi Nabi shallalahu ‘alaihi wa sallam, kemudian beliau memberi nama padanya dan beliau mentahnik dengan sebutir kurma.”
Dari ‘Aisyah, beliau berucap,
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- كَانَ يُؤْتَى بِالصِّبْيَانِ فَيُبَرِّكُ عَلَيْهِمْ وَيُحَنِّكُهُمْ.
“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam didatangkan anak kecil, lalu beliau mendoakan mereka dan mentahnik mereka.”
 An Nawawi mengatakan dua hadith di atas di dalam Shahih Muslim pada Bab:
استحباب تحنيك المولود عند ولا دته وحمله إلى صالح يحنكه وجواز تسميته يوم ولا دته واستحباب التسمية بعبدالله وإبراهيم وسائر أسماء الأنبياء عليهم السلام
”Dianjurkan mentahnik bayi yang baru lahir, bayi tersebut dibawa ke orang soleh untuk ditahnik. Juga dibolehkan memberi nama pada hari kelahiran. Dianjurkan memberi nama bayi dengan Abdullah, Ibrahim dan nama-nama nabi lainnya.”

Hal-hal Penting Mengenai Tahnik

  • Ulama setuju mengenai dianjurkannya (disunnahkannya) untuk mentahnik bayi (yang baru lahir) dengan menggunakan kurma. Oleh kerana itu, tahnik dapat dilakukan pada hari pertama.
  • Jika Anda tidak mempunyai kurma, bisa diganti dengan menggunakan makanan lainnya yang juga manis-manis layaknya kurma.
  • Cara dalam mentahnik yaitu pertama ada orang yang mengtahnik. Lalu, orang yang mengtahnik ini mengunyah kurma, sampai kurma agak melunak dan cair sehingga mudah ditelan oleh bayi. Setelah dikunyah, lalu mulut bayi dibuka dan kurma tadi digosokan atau dilumurkan ke langit-langit mulut bayi. Sehungga bayi akan mencoba untuk mencerna kurma melalui kerongkongannya.
  • Sebaiknya yang melakukan tahnik ke pada bayi adalah orang alim atau orang sholih yang juga bisa diminta doanya guna keberkahan. Boleh laki-laki ataupun perempuan. Jika orang yang mentahnik diminta tidak bisa datang ketempat Anda, maka bawalah bayi Anda ke orang soleh.
    Tetapi, ajaran nomor 4 tersebut tidak diharuskan mentahnik dilakukan oleh orang soleh, kerana beberapa alasan 
    1. Rasulullah SAW tidak bisa disamakan dengan siapapun.
    2. Kesolehan seseorang tidak bisa dinilai.
    3. Tidak bisa dipastikan seseorang itu soleh atau tidak.
    4. Orang yang dianggap soleh belum tentu benar-benar soleh.
  • Ulama juga ada yang memberi penjelasan tentang urutan bahan makanan yang dapat dijadikan bahan untuk tahnik, iaitu : tamr (kurma kering) ; seumpama tidak ada gunakan rothb (kurma basah), jika tidak ada juga baru menggunakan makanan manis, seperti madu, jika tidak ada juga barulah makanan yang tidak terkena api.

Minta Doa untuk Keberkahan

Tidak hanya mentahnik saja, tetapi juga hendaknya meminta orang yang melakukan tahnik mendoakan bayi untuk keberkahannya, bertambah kebaikannya. Doa yang digunakan bisa doa seperti : Allahumma baarik fiih, ataupun doa lainnya.

Menggunakan Kurma

Sudah banyak penelitian yang menyebutkan bahwa kurma memiliki kandungan penting yang dapat menjaga kesehatan bayi, melindungi dari penyakit dan memperkuat daya tahan tubuh. Tidak hanya itu melumurkan langit-langit bayi dengan kurma juga bermanfaat memperkuat saraf mulut bayi serta memperkuat gerakan lisan dan juga tenggorokan serta tulang rahang bawah melalui jilatan. Hal ini dapat membuat bayi siap untuk menghisap air susu ibu dengan kuat dan secara alami.

Tahnik Sendiri

Anda juga bisa melakukan tahnik sendiri untuk bayi Anda. Kurma yang Anda tahnik untuk bayi Anda melalui kunyahan dari mulut orang tua lebih memberi makna sebagai tAnda ikatan batin bagi bayi Anda. Melalui air liur dari kedua ibubapa, maka akan terjadi ikatan antara ibubapa dan bayi. Selain itu juga dapat mengalirkan fitrah islam yang suci. Harapannya, anak dapat tumbuh dan berkembang dengan bersih dan baik serta memiliki iman yang manis, seperti manisnya buah kurma yang digunakan untuk mentahnik.
Itulah tadi penjelasan mengenai tata cara mentahnik bayi ketika baru lahir. Sangat mudah Anda lakukan sendiri dirumah, jika Anda merasa kesulitan untuk menemukan orang untuk bayi Anda. Tahnik sendiri, sebenarnya sama seperi melakukan imunisasi kepada anak, hanya saja tahnik merupakan tata cara imunisasi untuk bayi secara islam. Semoga info ini bermanfaat dan dapat menjadi inspirasi Anda.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------












SYUKUR ALHAMDULLILAH..